Showing posts with label menganggur setahun. Show all posts
Showing posts with label menganggur setahun. Show all posts

Tuesday, August 23, 2011

As salam.Jom kenal

Syukur alhamdulillah ke hadrat ilahi kerana akhirnya saya berjaya melaksanakan hajat saya ketika mula-mula dalam usehe mencari kerje dulu lagi..syukur ya ALLAH.

Jadi inilah entry post sy yang pertama.serba sedikit mengenai diri saye secocok dengan ungkapan "tak kenal maka tak cinta". Saya seorang manusia yang dilahirkan sama mcm anda semua. ada akal fikiran dan sedikit ilmu yang ingin saya kongsikan dengan anda supaya kita bersama-sama mendapat manfaatnya. InsyaALLAH

Dipendekkan cerita saya ini juga salah seorang yang menganggur yang agak lama iaitu lebih kurang setahun mencari kerja..TAPI bukanlah dalam mase setahun tu saya hanya "mengabehkan boreh" di rumah. Alhamdulillah ALLAH memberi saya peluang untuk membuat Home tuisyen kepada anak-anak di kampung saya. Dalam masa yang sama saya berusehe
mencari kerja seiring dengan kelulusan saya.

Pendekkan lagi sikit cerita alhamdulillah baru-baru ini saya mendapat tawaran bekerja yang saya idam-idamkan dan insyaALLAH saya akan mula berkhidmat selepas umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Jadi tujuan utama saya ingin menulis di blog ini adalah berkongsi apa yang saya lalui selama setahun ini dan bagaimana saya menguatkan mental dan emosi saya dalam masa saya tidak memiliki pekerjaan yang dapat menyara diri ini.Dengan niat anda yang di luar sana yang mungkin menghadapi ujian ala-ala yang lebih kurang macam saya dengan harapan anda mendapat satu kekuatan untuk terus mencari kerja dan menjalani hidup ini dengan tabah.Amin.

Cara nak guna blog saya ini amat mudah hanya klik di navigation bar saya untuk berkongsi dengan saya apa yang saya lalui dalam menu apa yang saya buat manakala menu tips-tips adalah himpunan soalan-soalan yang saya pernah temui ketika sesi interview dan cadangan jawapan yang mungkin boleh menjadi panduan anda semua.

Maka, jangan sesekali segan menggunakan segala input yang berada di laman ini dan sememngnya saya menghalalkannya. Gunalah dan ambillah untuk ke jalan kebaikan. Sesungguhnya ALLAH mengetahui setiap gerak geri kita.
Setakat ini dahululah bagi ruangan Siapa saya ini dan saya akan menyambungnya dari masa ke semasa. Terima kaseih kepada yang sudi membaca. Sampai jumpa lagi.