Showing posts with label stress. Show all posts
Showing posts with label stress. Show all posts

Wednesday, August 24, 2011

jangan stress2 nnt muke xSantek

Menganggur+duduk kat rumah+mengabihkan boreh+org sekeliling asyik tanye bile nak keje=tekanan!

Siapa setuju dngn formula sy kat ats ni?sesetengah unemployed person yg baru grade akn hadapi semuanya. termasuklah i..hihiihihihi.tapi kan walau tekanan cemana pon kita rase 4sure ada jalan penyelesaian yg terbaik.insyaALLAH. Saya akan cube share ape yg telah sy buat sementara menganggur lebh kurg setahun yang lalu ni. Formula yang sy gunakan adalah cemini :

Tekanan - dengar kata2 org sekeliling+tingkatkan do'a+tingkatkan skill interview+bace kata2 motivasi = sangat semangat mencari rezeki ALLAH

Siapa yang kata menganggur ni masa untuk mengabihkan boreh?siapa kata masa menganggur ni masa untuk tidak berbuat apa-apa selain carik keje je dan siapa kata menganggur ni masa untuk down down down dan nangis ble tak perform interview??siapa yang berpendpat mcm ni sy nak kate kat AWAK..haaa AWAK la..totally wrong!!!hakikatnya mase menganggur ni adalah masa yang berharga ALLAH bagi pada kita. Kenapa sy ckp mcm ni?sbb tyme menganggur nilah kite boleh plan mcm2 bende baik kite nak buat especially dekatkan diri dengan ALLAH.

Cadangan sy sila lah buat jadual harian anda sebagai penganggur. Sbb kan bile kite ni ada jadual kite lebih sedar apa yang kita buat dalam mase sehari tu.then kite tak kan rase rugi sbb 4sure kte akan plan utk buat perkara yang berfaedah.So, ape lagi?cepat pegi buat jadual.

Berikut ni adalah senarai aktiviti yang saya buat hampir setiap hari supaya sy sentiase bersemangat dan tidak berputus harap mencari rezekiNYA.

1.bace website i luv islam.mmg banyak nasihat2 yang berguna kat website ni yang bagi penyedaran pada saya--> ni webnya SINI
2.buat solat sunat dhuha setiap hari. Kalau xsure caranya hanya tanya abang google kei.
3.bace paper online (sume jenis paper; star,NST,utusan,kosmo dan Metro)
4.cari blogspot2 yang share pasal pengalaman menganggur.
5.amalkan ayat seribu dinar setiap kali pas solat wajib.
6.amalkan baca 2 ayat yang terakhir surah at-taubah 7x selepas solat wajib.
7.Cari blogspot atau laman yang share amalan-amalan yang dapat murahkan rezeki seseorang. contoh mcm blog ni SINUN

Untuk setakat inilah dahulu sy share. InsyaALLAH jika ada keizinan sy akan share lagi perkara-perkara yang saya fikirkan dapat membantu anda yang mungkin ala2 lebih kurang sedang mengahadapi tekanan sbb menganggur. Semoge kte dapat bertemu lagi di alam yang maya nih.tengsss for coming ..

Tuesday, August 23, 2011

As salam.Jom kenal

Syukur alhamdulillah ke hadrat ilahi kerana akhirnya saya berjaya melaksanakan hajat saya ketika mula-mula dalam usehe mencari kerje dulu lagi..syukur ya ALLAH.

Jadi inilah entry post sy yang pertama.serba sedikit mengenai diri saye secocok dengan ungkapan "tak kenal maka tak cinta". Saya seorang manusia yang dilahirkan sama mcm anda semua. ada akal fikiran dan sedikit ilmu yang ingin saya kongsikan dengan anda supaya kita bersama-sama mendapat manfaatnya. InsyaALLAH

Dipendekkan cerita saya ini juga salah seorang yang menganggur yang agak lama iaitu lebih kurang setahun mencari kerja..TAPI bukanlah dalam mase setahun tu saya hanya "mengabehkan boreh" di rumah. Alhamdulillah ALLAH memberi saya peluang untuk membuat Home tuisyen kepada anak-anak di kampung saya. Dalam masa yang sama saya berusehe
mencari kerja seiring dengan kelulusan saya.

Pendekkan lagi sikit cerita alhamdulillah baru-baru ini saya mendapat tawaran bekerja yang saya idam-idamkan dan insyaALLAH saya akan mula berkhidmat selepas umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Jadi tujuan utama saya ingin menulis di blog ini adalah berkongsi apa yang saya lalui selama setahun ini dan bagaimana saya menguatkan mental dan emosi saya dalam masa saya tidak memiliki pekerjaan yang dapat menyara diri ini.Dengan niat anda yang di luar sana yang mungkin menghadapi ujian ala-ala yang lebih kurang macam saya dengan harapan anda mendapat satu kekuatan untuk terus mencari kerja dan menjalani hidup ini dengan tabah.Amin.

Cara nak guna blog saya ini amat mudah hanya klik di navigation bar saya untuk berkongsi dengan saya apa yang saya lalui dalam menu apa yang saya buat manakala menu tips-tips adalah himpunan soalan-soalan yang saya pernah temui ketika sesi interview dan cadangan jawapan yang mungkin boleh menjadi panduan anda semua.

Maka, jangan sesekali segan menggunakan segala input yang berada di laman ini dan sememngnya saya menghalalkannya. Gunalah dan ambillah untuk ke jalan kebaikan. Sesungguhnya ALLAH mengetahui setiap gerak geri kita.
Setakat ini dahululah bagi ruangan Siapa saya ini dan saya akan menyambungnya dari masa ke semasa. Terima kaseih kepada yang sudi membaca. Sampai jumpa lagi.